Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”
Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.
Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
Friday, February 25, 2011
Definisi Disiplin
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 11:14 PM 0 comments
Saturday, February 19, 2011
Perhatian!
“Apa? Pada Landasan Masjid ada bom?” Kata seorang daripada pekerja bilik pusat kawalan LRT setelah mendapat berita dari ibu pejapat polis.
Itu adalah korus bagi lagu kegemaran Shaz. Begitu menenangkannya sambil ligat memikirkan cara menyelamatkan rakan-rakannya dan orang lain yang turut berada dalam kereta api tersebut. Shaz dapat memahami cara mekanisma bom yang digunakan jika LRT yang dipandu kurang daripada 50km/jam. Tetapi, dia tidak dapat memahami cara bom itu akan meletup juga jika melepasi waktu matahari terbenam.
Sumber : Detektif Conan, Karya Aoyama Gosho
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 10:03 PM 0 comments
R&D : Kawal Disiplin Pelajar
JANGAN terkejut jika ada ibu bapa menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sekolah memaklumkan kesalahan dan tindakan disiplin dikenakan terhadap anak mereka.
Penghantaran SMS itu antara hasil pelaksanaan pengurusan disiplin murid secara automatik, e-Disiplin, akan dilaksana Kementerian Pelajaran di seluruh negara tidak lama lagi.
Pembangunan sistem pemantauan dan pengawalan disiplin berasaskan teknologi web itu hasil kajian bersama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional serta penyelidik Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu iaitu Mustaffa Man, Md Yazid Mohd Saman, Mohammad Noor Hassan, Fakhrul Adli Mohd Zaki serta Noor Maizura Mohammad Noor.
Mustaffa, berkata e-Disiplin mengandungi enam modul utama iaitu Capaian Sistem, Kemasukan Data; Kesalahan, Merik dan Intervensi; Kemaskini; Penjanaan Analisa dan Laporan; Pemindahan Maklumat dan Backup.
Kelebihannya, katanya, mesra pengguna, membolehkan pertanyaan dibuat secara dalam talian, maklumat terkini, kesediaan data untuk tindakan segera, kemudahan mencetak surat dan borang serta penyediaan laporan dengan segera.
e-Disiplin membolehkan tugasan rutin seperti cetakan surat amaran dan kemaskini rekod merik kesalahan pelajar dibuat secara automatik.
Namun, semua proses untuk menjatuhkan hukuman kepada murid bergantung input kes kesalahan yang dimasukkan menerusi sistem dan pengesahan ahli mesyuarat kes disiplin iaitu Setiausaha Disiplin, Pengetua atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penyelia serta Guru Kaunseling
Hal ini membolehkan pengurusan disiplin murid secara berpusat kerana data disiplin sekolah boleh diakses pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mustaffa berkata, e-Disiplin menggunakan kaedah pemarkahan secara automasi bagi mengukur, mengesan dan memantau disiplin murid, selain panduan merangka langkah intervensi atau pemulihan seterusnya.
Pemarkahan e-Disiplin, katanya berasaskan sistem demerit (penalti) diberikan kepada murid yang melakukan kesalahan disiplin, manakala merit bagi setiap kebaikan dalam bentuk aktiviti atau kerja amal yang dijalaninya.
Kerja amal bukan suatu hukuman, sebaliknya aktiviti kesedaran untuk membaiki diri dan berkelakuan baik serta terbatas kepada kegiatan dalam sekolah saja dan tidak melebihi satu jam masa bagi setiap kesalahan disiplin.
Bagi setiap kesalahan, pemarkahan dibuat setelah siasatan dan pertimbangan dibuat guru disiplin atau guru besar.
Antara kesalahan disiplin yang diambilkira dalam pemarkahan adalah tingkah laku lucah, vandalisme, tidak amanah, kenakalan, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, pembabitan politik, jenayah, penyalahgunaan dadah, buli, merokok dan ponteng, katanya.
Mustaffa berkata, setelah murid diberi peluang melakukan kerja amal atau menjalani sesi kaunseling, pemarkahan akan dibuat sewajarnya bergantung kepada kekerapan dan keseriusan salah laku berkenaan.
Sebagai contoh, pertuduhan pertama dikenakan amaran lisan, murid dengan markah kesalahan 20 hingga 30 mendapat amaran pertama hingga akhir sekali tindakan buang sekolah terhadap pelajar dengan markah 100 ke atas, katanya.
Mustaffa berkata, pelaksanaan projek rintis e-Disiplin yang berasas prinsip merit dan demerit itu di 116 sekolah menengah seluruh negara membuktikan ia berkesan membendung masalah disiplin daripada menjadi masalah sosial yang sukar ditangani.
Secara purata, peratusan gejala disiplin pelajar di sekolah yang melaksanakan sistem ini sejak tahun lepas berkurangan sebanyak 22 peratus, katanya.
Hasil kajian itu, katanya, mendapat pengiktirafan pingat emas sempena Ekspo Teknologi Malaysia serta Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi tahun ini, selain dipamerkan kepada anggota delegasi Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel pada Jun lalu.
Sumber : bharian.com.my
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 9:29 PM 0 comments
Keratan Akhbar
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kempen yang lebih menyeluruh dan bersepadu membabitkan pelbagai pihak bagi menangani masalah disiplin pelajar termasuk gengterisme pada tahun depan.
Kempen berkenaan akan membabitkan polis, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pelajaran Negeri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kempen itu akan digerakkan oleh Jawatankuasa Bertindak Bagi Pendekatan Perundangan dan Penguatkuasaan
serta Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan Kesihatan.
"Formula kerjasama dengan pelbagai pihak di luar kementerian didapati amat membantu
untuk menangani isu dan masalah di luar bidang kuasa dan kepakaran kementerian.
"Justeru, kita memperluaskan formula kerjasama ini dengan pihak lain menerusi jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Terbaru, kerjasama dengan pakar psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM) dan Kementerian Kesihatan dalam Program Minda Sejahtera (Promis),
bertujuan membantu guru mengenal pasti murid bermasalah dan berisiko terbabit
dalam masalah disiplin dan jenayah.
Beliau turut mengalu-alukan penubuhan Majlis Permuafakatan Tindakan Membendung Masalah Jenayah membabitkan pelajar antara Kementerian Pelajaran dan polis, yang dipersetujui pada mesyuarat minggu lalu.
Persetujuan menubuhkan majlis itu dicapai pada mesyuarat yang masing-masing diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan.
"Majlis permaufakatan ini yang dibentuk pada setiap peringkat termasuk negeri dan daerah akan memantapkan lagi mekanisme Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin yang ditubuhkan pada 20 April 2004," katanya.
Majlis berkenaan bertanggungjawab melaporkan semua perancangan, hasil, tindakan serta program kepada Sekretariat Tetap Menangani Gejala Disiplin.
Tindakan susulan dan pelaksanaan program akan dibantu oleh empat jawatankuasa bertindak yang bertanggungjawab ke atas isu sekolah, pendekatan undang-undang dan penguatkuasaan, kemasyarakatan serta psikologi dan kesihatan.
Sambil menghargai bantuan polis menangani gejala disiplin pelajar dan jenayah, Hishammuddin berkata, kerjasama itu sudah menunjukkan kesan positif seperti menangani ancaman kumpulan gengster dan kongsi gelap.
Sumber : Berita Harian
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 9:24 PM 0 comments
Cadangan dan Peyelesaian Isu Gengsterisme
Sumber : http://www.scribd.com/doc/1995973/Disiplin-Pelajar-Asas-PP-Berkesan
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 9:18 PM 0 comments
Perbincangan Mengenai Isu Gengsterisme
Sumber : http://www.scribd.com/doc/1995973/Disiplin-Pelajar-Asas-PP-Berkesan
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 9:13 PM 0 comments
Andaian dan Pendapat Awal Perlakuan Gengsterisme
Sumber : http://www.scribd.com/doc/1995973/Disiplin-Pelajar-Asas-PP-Berkesan
Posted by NURUL ADIBA IBRAHIM at 9:06 PM 0 comments
